Selamat Datang Ke
Laman Geografi Tingkatan 2
BAB 1 - Kedudukan
Mengenal Latitud / Garis Lintang
Garis lintang adalah
garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis
lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang
semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai
darjah (° ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai
1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S
Garis-garis lintang yang utama ialah:
GarisanKhatulistiwa
( 0° )
Garisan
Sartan ( 23½°U )
Garisan
Artik ( 66½°U )
Garisan
Jadi ( 23½°S )
Garisan
Antartik ( 66½°S )
Garisan
lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan
bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
Garis longitud ialah
garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta,
garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di
atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah
separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang
melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai
0°. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian
Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud.
Garis longitud yang
dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T,
manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B
hingga 180°B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T
dan 180°B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh
Antarabangsa (GTA ).
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat
Berasaskan Latitud Dan Longitud :

:
Persilangan garis
latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan
sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan
terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang
lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ‘ ).
Nama Tempat
|
Garis Latitud
|
Garis Longitud
|
Kudat
|
6° 54’U
|
116° 51’T
|
Tuaran
|
6° 10’U
|
116° 14’T
|
Kota Belud
|
6° 22’U
|
116° 26’T
|
Ranau
|
5° 58’U
|
116° 43’T
|
Kota Kinabalu
|
5° 40’U
|
116°T
|
Beufort
|
5° 20’U
|
115° 46’T
|
Tenom
|
5° 2’U
|
115° 57’T
|
Tawau
|
4° 16’U
|
117° 53’T
|
Semporna
|
4° 29’U
|
118° 36’T
|
Lahad Datu
|
5° 6’U
|
118° 20’T
|
Sandakan
|
5° 45’U
|
118°T
|
Mengira Waktu Tempatan
Garis
longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk
kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana
bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima
cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur
mendahului waktu di sebelah barat.
Persilangan
garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan
sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan
terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang
lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ‘ ).
Nama Tempat
|
Garis Latitud
|
Garis Longitud
|
Kudat
|
6° 54’U
|
116° 51’T
|
Tuaran
|
6° 10’U
|
116° 14’T
|
Kota Belud
|
6° 22’U
|
116° 26’T
|
Ranau
|
5° 58’U
|
116° 43’T
|
Kota Kinabalu
|
5° 40’U
|
116°T
|
Beufort
|
5° 20’U
|
115° 46’T
|
Tenom
|
5° 2’U
|
115° 57’T
|
Tawau
|
4° 16’U
|
117° 53’T
|
Semporna
|
4° 29’U
|
118° 36’T
|
Lahad Datu
|
5° 6’U
|
118° 20’T
|
Sandakan
|
5° 45’U
|
118°T
|
Mengira Waktu Tempatan
Garis
longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk
kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana
bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima
cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur
mendahului waktu di sebelah barat.
Formula
Satu
putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam.
Oleh
itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam
1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
Jika
waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu
tempatan di:
Bombay
( 73°T )
Buenos Aires ( 58°B)
Waktu
di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah
Cari
perbezaan garis longitud 73°- 0° = 73°
Cari perbezaan
masa
73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Waktu
di Buenos Aires ( 58°B ) Langkah-langkah
Cari
perbezaan garis
longitud 58° - 0° =
58°
Cari perbezaan
masa
58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam


Waktu Piawai
-Waktu
piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu
kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu
piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah
mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia
dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15°
garis longitud.
-Garisan Tarikh
Antarabangsa (GTA)ialah garis bujur 180° B/
180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu
timur.
Hari
baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan
tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New
Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
-Terdapat
selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di
benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang
melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua
Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.
______________________________________________________________________________
Pengenalan
Bearing ialah cara yang lebih
tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°). Terdapat dua
cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:
Bearing Bulatan Penuh /
Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah
yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0°
hingga 360°.
Contoh pengiraan bearing sudutan :
Cari bearing
puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254
______________________________________________________________________________
Pengenalan
-Skala
ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas
permukaan bumi.
-Skala
membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.
(Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat
tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala
penyata, dan pecahan wakilan.
Mengukur Jarak Di
Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
Skala lurus ialah
skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan
lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan
lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.
Contoh Skala Lurus
Cara Mengukur
Jarak Lurus
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur
kertas.
Cara
Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok
Cara Pertama : Jangka Tolok
Cara kedua : Guna Jalur kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung
Jarak melengkung boleh diukur
dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.
Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan
Jalur Kertas
Cara
Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.
Menukar
Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat
diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah
sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar,
skala lurus digunakan.
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan
padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada
sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah
Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm
kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta.
Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah
ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di
bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi
jarak sebenar sudah berubah.
Jarak sebenar di antara rumah Devi
dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi
ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.